Isnin, 19 Mei 2014

Rutin Terkini

Assalamualaikum uollss..

Sebulan sudah kami tinggalkan title "PJJ" itu. Alhamdulillah. Semakin catch up dengan kehidupan ini. Di akui banyak yang kami perlu belajar dalam melayari alam rumah tangga ni (ceewah), maklumlah dah terbiasa jumpa waktu cuti sekolah sahaja, atau waktu cuti-cuti tertentu, walau pun dah halal hampir 6 tahun, hehe.

5 tahun, 4 bulan. Anak lelaki sudah 2 orang.
Kami belajar untuk hidup sendiri. mendiami rumah sendiri. Ya. Sangat seronok dan aku sememangnya sangat hepi. Hari-hari fikir nak masak apa, nak buat ape bila balik kerja nanti. And you know what, after 5 tahun 4 bulan bernikah baru di beri peluang untuk menggosok baju kerja suami, hihi. Normal life as a wife.
Hantar suami pergi kerja kat muka pintu, salam, kiss, kiss.. eh.. opppsss... :)

nasib baiklah tengah preggy kan. Dah sedia kembang, kalu tak, tak tahu lah aku kembang besar mane. Hari-hari asyik fikir, breakfast esok nak buat ape, dinner plak ape. Sampai kan anak aku dah pandai tanye, mama masak ape hari ni, mama buat apa-apa tak hari ni. isk..isk.. nampak bebeno mama rajin masak kan.. kahkahkah.. sila muntah!!

Already 21weak. Alhamdulillah. Sama seperti pregnant kan si Aidil & Aiman, tak banyak masalah yang aku kena hadap, tapi banyak improvement. Nanti aku share ape yang aku amalkan. Again, Alhamdulillah. syukur dengan nikmat hidup ini.





Selasa, 6 Mei 2014

Rezeki Allah itu Tepat pada MasaNya

Assalamualaikum..
Syukur kepada Ilahi.. masih diberi nafas, kesihatan hingga ke detik ini bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah. 2014 penuh Rahmat dariNya.
Sekali lagi, kami di beri rezeki untuk menambah ummat Nabi Muhammad.
Yeaaa, already 5month!!! heeeeeeeeeee.......
Hope ade rezeki baby girl kali ni, masih terlalu awal untuk meneka jantina baby AR nie, apa pon yang penting baby AR sihat, sempurna anggota badan akal fikiran. Insya Allah.

Berganda lagi rezeki yang Allah bagi, akhirnya penantian selama 5 tahun lebih ni berakhir. Cik Suami tercinta dapat bertukar masuk ke Terengganu dan dapat penempatan sekolah yang dekat je dengan umah kami nie.
Ya, suami saya seorang cikgu. Cikgu matematik lagi. hihi..

So, after ni kami sekeluarga dah boleh menikmati alam keluarga yang sebenarnya. dah bersatu akhirnya.
Aturan Allah itu indah sebenarnya.

Teringat kata-kata suami bile tahu boleh pindah tapi tak tahu negeri mana

"Ingat pandangan mata mok, mok nangis masa abg nak g.."

:(