Khamis, 31 Mac 2011

Jom Join Reddish Segmen : Blogshop Review

bw jumpe ini.. so.. grab peluang nie tuk kenal kan drayyan boutique.. hope cik Zie..sudi terjah gak blogshop kite nie yer..


http://drayyanboutique.blogspot.com

tq zie tuk segmen nie.. hope tersenarai la dlm 50 list terawal..




PAYUNG EMAS... RANTAI EMAS.. CINCIN EMAS...

Fuhhhhh…


Lame x berupdate… tp i still ber’blogwalking’ yer walau x tinggal jejak.. Duk ofis malas nak update.. sbb pc cap siput sedut nge broadband pon dh jadi lebih dr siput sedut.. huhu.. life dah berubah skang.. balik keje jer.. trus siap² nk g butik i..hehe.. cheewah.. kadang..kalau my Aidil duk nge FIL..siap dia dulu.. kalu duk nge my mom.. laju la sket i siap².. kadang kalu tgk kain baju kotor byk sgt melongok.. masuk mesin basuh jab.. then baru g drayyanboutique.. balik karang baru spin n jemur..tak pon pagi esok nye..



Ooo…I sentap ok! Sangat tersentap! (iklan jab satni…)



Ohh..hati sabar lah kamu yer.. huhu..betul ke aku macam tue.. betul ker..? Bile tibe² di ajukan soalan… .



..







….



…..



……



………



…………………………



“awak dok kisahkan dapat payung emas?”



WHAT THE H***????? (dalam hati jerlah)



+_____________________+



nanges…..



terdiam & berfikir..



betul ke ape yg aku dengar nih?



Dapatkan kepastian…



YAP! Betul la ape yg aku dengar…



Huhu…kenapa aku kena ‘TIDAK KISAH????’ Jawapan nya..



Sebab aku tak melenting bila di ajukan topic PAYUNG EMAS nie.. Haaiiiiahh.. wahai kaum Adam..takkan la aku seorang isteri nie tibe² nak melenting tak tentu pasal about PAYUNG EMAS nie.. sedangkan tak de sebab aku nak melenting.. sebab buat mase sekarang kami suami isteri tak de masalah dengan hal tersebut & kami bahagia dengan life kami.. ha…’buat masa sekarang’ yer.. so, aku open tentang hal tersebut.. ade pro n cont.. and bukan salah hal tersebut.. yang salah nye si pelaku yg nak berkongsi PAYUNG EMAS tue.. Sunah Nabi okay!! Tapi jangan la ikut menonong nye..tp tak tahu hukum hakam nye bile nak berPAYUNG EMAS tersebut..



Aku search ini.. & jumpa ini..



1. poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu;



2. permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan;



3. akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu, laporan tentang keadaan kewangan suami dengan memberikan butiran lengkap mengenai segala komitmennya dan tanggungan kewangannya yang patut serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan.



4. pemohon perlu menyatakan sama ada telah mendapat atau tidak, izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri mengenai cadangan perkahwinan tersebut.Saya tidak menentang poligami sebab poligami diharuskan oleh syarak dan mempunyai hikmah yang tersendiri. Walaupun Islam mengharuskan dan ada hikmah yang tersendiri, perlu diingat...



TIDAK SEMUA LELAKI LAYAK BERPOLIGAMI dan MEMPUNYAI JANTINA SEBAGAI LELAKI BUKAN SATU SYARAT KELAYAKAN UNTUK BERPOLIGAMI. Dalam memberikan pertimbangan terhadap sesuatu permohonan poligami pula, Mahkamah akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang iaitu:



1. perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila;



2. pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru;



3. pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak;



4. perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri. Terjah la BLOG ini yer..



Haaa…gile tak sentap aku… korang rase aku sensitip tak nge hal nie?



Huhu…………………



+______________+


Putaran Kehidupan kami... cinta kamu.. dan kamu...sampai mati..sampai jannah



Putaran kehidupan my AIDIL


Myra Anang

munajat cinta: persoalan bukan dr cik suami tersayang yer.. terus out off topic for today...

Sabtu, 19 Mac 2011

Kesibukan & Perkembangan my aidil

salam Jumaat kawan2

Alhamdulillah..masih di izinkan Allah untuk bernafas di muka bumi ini.. =)

Alhamdulillah.. untuk rezeki yg Allah berikan ini.. serta petunjukNya..

spt yg korang tahu.. skang myra n hasben dh buka butik kan, so masa tersangat la berharga.. bisnes bru nak jalan.. terlalu banyak perkara nak explore.. tabah jer lah skang..

masa dengan anak pon sgt terbatas.. sabar yer sayang mama.. n kalu korang nak tahu..

D RAYYAN BOUTIQUE

myra n asben dedicated tuk my lil`boy nie lah.. Insya Allah.. jika di izinkan Nya bisness nie berjalan lancar.. next cawangan dedicated tuk adik aidil.. hehe.. angan2..tp xsalah kan..

perancangan awal..

bile dah masuk alam bisnes..jumpa macam2 ragam.. dh bagi less siap2 nak lg discount.. baru la paham camane makcik2/pakcik2/bla..bla.. nk handle time tue.. kadang tuan kedai teramat baek hati..bagi less byk sgt.. baru sedar margin keuntungan amat kecik... huhu.. tp myra yakin...buat baik..di balas baik.. rezeki akan Allah lipat gandakan lagi..chayok2 myra...!!!

ermm..ade baca n3 x-office mate tadi.. atie.. pasal kanak-kanak lewat bercakap.. teringat my aidil..blh gak di kategorikan sebagai agak lambat bercakap / berat mulut orang-orang tua kata. di katakan seseorang kanak-kanak itu akan lambat bercakap jika boleh berjalan dahulu.. tak tahu la mana relevan nya mitosfakta ini..

yang pasti.. perubahan Aidil yg amat ketara apabila beranjak ke 18 bulan adalah LEBIH BANYAK WORD yg boleh di sebut nya.. Alhamdulillah.. sebelum nie.. nak ajuk pon malas n memg x de bunyi lansung.. skang.. ok.. dah boleh ajuk apa yg kite ajar kan..

sebelum 18 bulan.. kalu nak susu pon..just tunjuk jer.. sambil mulut muncung2 & eeeeerkkkk( xthu nak eja macamane..=)) sekarang..dah boleh sebut AIR.. ok la tue berbanding dahulu..

dah boleh sebut nama sendiri.. dah boleh sebut nama cousin2 dia..(sket2 la).. n memang suke sangat berjabat tangan.. kalu dah dia mula bersalam.. ha..harus di rotate 2-3 kali..siap cium2 tgn.. arie nie ade satu perangai nakal dia.. Aidil 'amin' tgan sorang tok & girl( agak cantik la..) then dia cuit dagu.. lembut.. hahaha... mengorat yer..terlalu tua la girl tu tuk awak Aidil..

tue jer lah..byk lagi.. smbg sok plk yer..


**entry tanpa pic yer.


Khamis, 17 Mac 2011

18 bulan

horeyyy...!!

Aidil dah pun membesar dgn jayanya..18 bulan..!! terlalu sekejab..sangat² sekejab okay.. terlalu pantas masa berlalu.. Alhamdulillah.. oppsss..bukan today yer.. 4 hari yg lalu yer kawan².. 13.09.2011.. mama lambat update.. dh memg 2-3 hari nie xde post..tenet kat ofis cam siput sedut.. bile balik umah lak.. memg sangat sibuk sekarang.. banyak nak kena setle..

tp... mama still ingat birthdate anak mama.. ermm.. a day before.. kami jayakan satu majlis tuk pembukaan drayyan boutique.. semua berjalan lancar..walau cuaca tak berape nak ok. kami tempah nasi kunind & aku buat mee hun soto.. sangat gigih kami berdua nak siap kan itu semua.. Aidil Rayyan dah selamat kami post ke Padang Midin..sori yer sayang.. mama & papa sangat sibuk untuk siapkan itu semua.. huhu..Jumaat malam tu pun..dah balik pukul 2 pagi.. siapkan dessert..bahan² tuk mee hun soto.. esok nya gigih kami berdua ke kedai..konon pukul 8pg nak ada kat kedai..terlajak sampai pukul 9..huhu.. tapi still berjalan lancar.. siapkan sup n begedi.. bahan² sampingan semua nya.. pukul 2ptg majlis dah bermula... mee hun soto mama mendapat sambutan lah..suke².. kena plok time hujan.. lagi la best makan sup..

ke hulu ke hilir mama hari tue.. 2x buat sup.. huhu..xcukup.. ape² pun semua berjalan lancar.. Alhamdulillah.. seronok..1st time handle majlis gini kan..

eh..mengarut dh mama kan..nak cerita pasal anak kesayangan.. hehe..

korang..tahu tak, my Aidil skang nie kalu merajuk boleh tahan hebat.. cume yang aku perasan..masuk 18 bulan nie.. bile kitorang marah je aidil nie.. dia macam pandai buat muke sket.. diam jer..kerut² dahi.. haha.. cam nak gelak jer.. tp mama kena maintain la muka masam..kalu tak nanti Aidil ingt mama dia main² lak..

tengok lah nie... pagi² sebelum mama g keje... Aidil dah buat satu kesalahan.. terus masam gini..

aku rase kan.. dlm 5 minit gak dia diam gini jer.. 1st time aku tengok dia gini.. hihi... comel..anak mata tue ke kiri..ke kanan...

haha... sian my Aidil nie.. aku pon saje jer.. sebab nak siap² ke ofis cepat.. dah siap jer sume.. pakai tudung bagai.. panggil jer 'Aidil'.. terus ok.. mari cepat² kat aku..pegang tangan mama dia nie.. haaa...tahu pun..mama saje jer.. awak nakal sangat la Aidil Rayyan..tp mama tahu awak budak baik.. selalu tolong mama.. selalu hiburkan hati mama.. maaf yer sayang.. moga nanti Aidil Rayyan jadi anak yg soleh.. yg bertanggungjawab & boleh jadi abg yg akan protect adik² Aidil nanti.. Insya Allah..

Isnin, 14 Mac 2011

Maha Karya Cinta

Begitu berat melangkah…
melihat kau bersamanya
adakah aku yg salah
atau hanya helah saja

ku masih mencintai diri kamu
bila kau menjauh
ku rindu

kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta …

biarpun kau tidak mahu
menerima kasih daku
ku kan setia bersama mu
sehingga ke akhir waktu

ku masih menyayangi diri kamu
bila kau berlalu
ku rindu ..

kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta

kau takkan dapat aku lupakan
kerna kau lah punca cinta kita
mengajar aku erti bahagia
kembalilah ..
terimalah pesan daku
yang akan terus menunggu …



Rahsia di Sebalik Tsunami Jepun




Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
- So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 32.
- Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.
- Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Juzuk Al Quran. maka yang di pecahkan 14 32 so di pecahkan lagi 32 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Sendai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6. Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 1432, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 14 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. Wallahhu alam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.
-TAMAT-
p/s : Credit to article sedunia



credit lagi: http://myungdae92.blogspot.com/2011/03/rahsia-disebalik-tsunami-japan.html

BUNYIAN Part II


Kejadian di waktu maghrib beberapa hari yg lepas..


otw balik umah...pas singgah butik kami jab..


Aidil masuk kete..lompat2 jab...


then layu..huhu..


letih la tue.. xtdo petang..


mata terpejam..terbuka.. hehe..


terus papa Aidil kacau..


" Aidil..bunyi moto gane?" sambil drive..


aku meriba Aidil.."dh tdo nie.. xdgo dah.." huhu..


tetiba.."eng..engg..." lembut jer bunyi² tue..sayup...


kami gelak....


sambung lagi si papa Aidil.." bunyi ayam...?"


lambat²..."kookokokoook..."


haha.....comel nyer...

sampai umah..trus sambung tdo lagi dgn lena nye..

budak gebu setahun 4 bulan yg lalu.. so, bape bulan time nie kire sendiri la..



Ahad, 13 Mac 2011

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

ape yg kami rancang berjalan lancar..

pembukaan drayyan boutique berjalan sebagaimana yg di rancang..

skang.. @ ofis.. mata ngantuk.. badan letih.. hati hepi.. hehe..

Jom..Kawen..

Awak..

Jom Kawen..

.

.

.

.

.

.

.

.

Kita Tanyalah mak bapak kita..

camane nak kawen kan pokok durian dan pokok langsat?

.

.

.

.

.

.

eheeee... any one remember this n3? haha.. of course la not u all..except my special one.. and my BFF.. alwiz make me smile.. muaccchhhh...

Jumaat, 11 Mac 2011

Jangan..Jangan..Jangan..


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !! Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

Khamis, 10 Mac 2011

Paku di Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanyapemuda tersebut.“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu”jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memakusebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapatmengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik,anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

munajat cinta: ermmm.. terkesan nya kt hati sy.. so sori la kalu ade yg tertinggal lagi kesan² di hati tue.. what to say..? again.. sorry... =(

Rabu, 9 Mac 2011

Trick mama

teringat my Aidil..

antara perkara yg mencabar tuk handle dia ade lah..

time nk siapkan dia after mandi..

fuh..bersilat molek aku.. haha..

antara umpan yg blh jalan tuk tackle dia adelah..

bunyi²an.. aku tanye...

"Aidil..camane bunyi katak'

Aidil pon buat bunyi..."Ong..Ong.." siap muncung² mulot...

"bunyi ayam..?"..."kokokkkk..." muncung gak mulot...

"bunyi bird?"...."cicicicittt...." muke comel²

haha.. so sweet... sempat la aku siapkan dia..pkai CD n baju...

1 ag trick adelah...

aku duk panggil jer.."Aidil...Aidil..mane Aidil mama nie.."

mesti Aidil terdiam.. pelik kot.. dia duk depan mama dia dh..

tp mama duk panggil jer.. haha.. muke dia mesti blur² jer..

aku siap selak tilam..tgk² sekeliling aku.. tgk² celah kerusi...

tp tangan i ligat ok.. siapkan dia.. haha...kadang my Aidil pon duk tercari² 'Aidil' sorang lagi tue..

kadang dia pon intai sm tempat yg aku intai..

hahahha...psiko tak aku..?

dh..nk wat lagu mane? korang senang ke nak siap kan budak lelaki yg umo nye setahun stgah? panggil jer.. mr serah diri..? huhu.. i dont think so la my friend..

Teknik Untuk Memelihara Perhubungan Dengan Orang Yang Disayangi

Teknik Untuk Memelihara Perhubungan Dengan Orang Yang Disayangi


1. Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anda buat itu melukakan hati si dia, seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.

4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.

Semoga Kebahagian adalah milik anda...!!!

psttt.. just sharing email yg penah cik suami bg dulu( time tue loving couple lagik..) & sy sentiasa cuba tuk upgrade diri nie tuk jadi isteri yg terbaik di mata suami sy.. tq!


Ahad, 6 Mac 2011

Tulang Rusukmu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at

kredit:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp


Selasa, 1 Mac 2011

yeay..yeay..

salam..

lm x update blog nie.. huhu..kebizian melanda..xpe..mlm nie cube gak nk hapdet..

actually.. yap!! sy nkl buke kedai pakaian baby+kanak-kanak+wanita...owh..sgt skema ok! haha..

tue lah kebizian sy semenjak dua menjak nie..nk jd bisnesswomen plok.. kedai tu kecik jer.. nm jer gah...BUTIK!! tp xpe..1day mn tau..blh jd 1 stop center tuk baby..suke2.. progress? Alhamdulillah.. 75% hampir siap.. mlm nie..gigih lagi ke kedai after balik keje.. memandangkan cik suami dh dikedai.. tpakse la sy drive bersama anak tercinta ke sana..? di mana? nanti sy lakarkan peta yer.

huhu..penat... nk masak2 sket tuk cik suami.. sebb kedai tue memg ade dpur yg blh tahan la tuk aktiviti memasak.. nk tgk anak tersayang.. nk kemas mn2 yg patot lagi... eee... sakit hati tul..rs nk cuti lm2 jer nk setle kedai.. tp unfair la plok.. keje kan amanah..hehe..

tp pon sori..xde pic ok.. memg x snap..sebb kebizian di sana.. bkn duk melepak bersenang lenang pn.. misi seterusnya adalah..meng'complete'kan isi barang dlm kedai.. n bilik rehat2 kami...hehe.. tv n mesin basuh.. sonok nye...

erm... tue jer lah.. ngantuk beb..tp ku gagahkan jua tuk surfing.. rindu tenet.. setelah ms ku byk dihabeskan di jalanan n kedai.. haha.. tp serius.. hepi sgt walau penat bermaharajalela.. sebb dpt buat ape yg kt suke.. ok..cau cin cau..