Memaparkan catatan dengan label Pregnancy 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pregnancy 2. Papar semua catatan

Selasa, 10 Januari 2012

Cerita 24 minggu

salam dear friends..

Alhamdulillah..dah masuk minggu kedua di tahun 2012.. cepat kan masa berlalu.. lagi cepat lagi bagus.. hehe.. sebab lagi cepat cik suami akan balik.. boleh gitu...? haha..

komunikasi dengan cik suami memg sangat terbatas skang.. line telefon & internet memang tak ada terus buat masa skang.. x ada bajet katanya.. KPM lah.. sedih kan.. nak bebel lebih² pon.. tak kemana.. camni jugak.. so, weekend lepas.. dah boleh dengar suara cik suami..suka sangat.. boleh 3G and paling terharu bile anakanda tersayang peluk hs..time 3G..huhu.. rindu sangat kot dengan papa nya..

cuti Raya Cina belum tahu balik ke tak.. sebab cuti belum konfem katanya weekend lepas.. hope GB cik suami akan membawa perkhabaran berita gembira lah hendaknya.. cik suami akan balik kalau cuti seminggu.. kalau tak akan stay kt sana je lah jawab nya. kalau cuti Raya Cina dapat, maka weekend akan datang cik suami akan keluar untuk beli tiket flight.. kalau tak dapat cuti.. next 2 week lah baru kuar..after gaji.. huhu..

ha.. berkisar tentang pregnancy aku kali nie.. oo.. sungguh tragis.. hakhak.. kenapakah?

begini ceritanya.. kenaikan berat badan a.k.a pengembangan badan adalah tersangat jaya. maka dengan berat badan sekarang pada usia kandungan 24minggu adalah bersamaan dengan usia berat badan ketika deliver Aidil Rayyan dulu..

24 minggu sekarang = 9 bulan ketika pregnantkan Aidil Rayyan = 80kg

ada 3 bulan ++ tuk survive.. haiah..agak nya tangga berapalah berat badan aku nie nak berhenti..

harus selepas ni gigihkan diri untuk berdiet bagai.. back to normal size n aku target tuk turunkan lagi 10kg dr sebelum nie. WAJIB!

maka dengan berat badan sekarang.. kedatangan aku ke Klinik adalah tersangat kerap.. kadang malas..kadang aku skip..smpai kena call dengan nurse.. huhu.. buat masa sekarang tak ade penyakit yang pelik di detect..tp..tgu next week keputusan ujian darah aku nanti.. weekly bp (blood pressure) adalah masih normal.. untuk penyakit darah tinggi.. tetapi untuk kencing manis.. tgu minggu depan. hope everything ok..

maybe terjadi nye begini.. kerana aku diet sebelum pregnant kali nie.. kerana berat badan tiba² meningkat.. owh.. petang after ofis hour aku g jogging.. n jaga makan.. Alhamdulillah.. sebulan macam tu lah.. berat kembali normal.. dan tup-tup pregnant..

time tu gak.. selera makan memg tak bagi salam langsung.. aku makan je ape nak makan lebih-lebih lagi nasi.. ya! time diet aku tinggal kan nasi & lebihkan sup bagai.. so, bile dah pregnant nie memang sup tak lalu nak makan.. haha.. asyik nak nasi je.. malam² wajib nasi goreng.. my mom nasi goreng! hehe..

erm.. ape² pon.. hope my baby ok.. Insya Allah.. mama besar tak ape..demi anak tercinta hehe..mama pasrah..pasni boleh diet..hendak seribu daya ok! cam kata cik suami.. ape nak bimbang..dah namanya pregnant.. nanti dah deliver..control lah makan.. diet.. baiklah.. .. =)


Aidil Rayyan semalam.. senyum walau telah di jangkiti selsema.. huhu..
muka cheeky gile..

tadi.. budak tak cukup tido.. sebab selsema.. temankan mama ke klinik.. check bp.

then mama drop kat taska.. nak suh duk nge tok xnak.. nak ikot mama g keje.. huhu..




Isnin, 24 Oktober 2011

Pengalaman betul lah..

salam u olls..


lame tak update kan.. kemalasan..hehe.. berterus terang lagi!


pengalamn betullah pregnant kn si little AR nie.. semalam.. otw g keje.. dah lah dh lmbat.. xsempat nk isi perut..then g gatal mkn trus vitamin harian i tu.. konon sempat lah kot smpai ofis..xjauh pon kan..15-20 minit lebih kurang.. mkn2 ringan sket.. drop adik2 kt sekolah diorang.. then pecut g ofis.. xsmpai 5minit.. perut dah naek sebu..masuk angin..


mula²..sendawa.. then..uwek.. owh...tahan..tahan.. uweeek.... tahan²... nk berhenti ke tepi ke tak.. nk bereti ke tak.. huhu..cam tak tergamak nk muntah kt tepi jalan tu..huhu..skali...


uweeeeekkkk...dlm kete.. huhu.. walau tak byk.. just air n bau ubat..huhu..basah baju n stereng kete.. bg signal, bereti tp jalan..n termenung..huhu..


sempat fikir.. nk masuk ofis n punch card dgn bau busuk.. then g umah mak mertua, tukar baju sn je.. @ balik umah dulu, tukar baju n baru masuk keje.. 5 minit gak aku duk pk.. haiiahhh.. bukan ape..punch card byk sgt memo tepi tu.. byk g klinik kn.. so, cam segan dgn bos.. tp xpelah.. decide balik umah lu..iron baju smula.. basuh ape yg patut n siap² masuk ofis. kul 8 pg camtu dh terpacak depan ofis dgn lemah longlai nye.. opss..kt umah sempai capai roti gardenia sekeping..alas perut..


hihi, manja tul little AR ye.. sabar je lah mama.. (nak salahkan anak boleh...padahal mama yg careless)


selera makan dh boleh control.. dah tak makan nasi xpe. kalu tak harus, hari² nak nasi je, bfast, lunch, dinner..semua berasaskn nasi.. malam nk nasi goreng je.. tu lah pasal.. baru 3 bulan badan membesar bagaikan juara. yealh i makan, telan terus masuk perut. xde nye nak kuar semula.. hihi..


nak tempek pic 3 bulan prengnancy pon cam segan.. penuh 1 muka blog nanti.. haha..


meh..tempek pic lama ya..




di cameron highland, thn lalu..



2 insan, pelengkap hidup mama



4 thn dulu..time couple.. my coursemate dinner~final year..



ok.bai!

Khamis, 6 Oktober 2011

Tip Mudah Bersalin

Erm.. terlalu awalkan untuk fikirkan pasal proses kelahiran nanti.. tp, tulah macam terlalu excited nak tahu banyak benda nih. Dulu, time Aidil aku jarang search internet..asyik baca buku je cr info. Skang macam tergerak hati nak cari macam-macam info pasal mengandung dan proses kelahiran baby ni. sangat kagum bile jumpe cerita ibu yang melahirkan anak sulung seberat 4kg something without episotomi. wow. aku dulu 3.11kg dah kena epi. sakit woo time nak kena jahit tu. seminggu gak la duk menahan sakit.jalan terbongkok². kena plak seminggu after deliver tu admit ward plak. huhu..kalu boleh xnak ingat part tu. sakit teramat bile kena checking plok skali lagi kat epi tu. rasa nak terajang doc tue.


so, skang gigih cr info pasal epi nih. ade yang kate banyak makan bendi, tomato..tu dengar dari kawan². tak pe..masih ade masa nak cr petua tu. ni, yang aku jupe pasal nak mudahkan proses kelahiran.

credit to:


Persediaan menghadapi pelahiran tanpa komplikasi perlu bermula beberapa bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin. Anda harus memperuntukkan masa untuk belajar apa yang perlu dijangka pada hari kejadian. Bagi mengelak tekanan yang tidak dijangka dan mengurangkan risiko komplikasi, ikut tip berikut:


Lakukan Urutan Perineal


Anda digalakkan untuk mula melakukan urutan perineal di antara bahagian dubur dan faraj sekitar minggu ke 34 kehamilan. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun namum elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum. Langkah ini disyorkan kerana membantu anda mengurangkan risiko koyak ketika meneran.

Walau bagaimanapun, sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Selain itu, pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan rutin urutan.


Teman Yang Kuat Semangat

Suami yang bakal menemani anda di dalam bilik bersalin perlu kuat semangat agar dia dapat memberi semangat dan sokongan kepada anda ketika bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan anda yang mahu ibu atau ahli keluarga menemani diri selain daripada suami. Jadi, ada baiknya anda tetapkan siapa yang bakal menenami anda di bilik bersalin nanti. Tidak salah jika menetapkan pilihan kedua jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan sebagainya.


Keadaan Selesa

Proses pelahiran berlangsung dengan lebih pantas apabila anda berada di dalam keadaan selesa. Namum, cetek pengetahuan dan mudah gopoh-gapah menjadikan proses pelahiran memakan masa yang panjang. Tambahan pula, sikap ini dapat menghindar anda daripada perlu menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep.

Jadi, cubalah bertenang sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital. Apabila kontraksi menyerang selang 5 minit sekali, itu petanda anda perlu segera ke hospital pilihan kerana masa untuk melahirkan hampir tiba.


Pergunakan Graviti

Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran.


Tidur Mencukupi

Lazimnya, di minggu-minggu akhir kehamilan, agak sukar untuk tidur. Hal ini mungkin berlaku kerana anda begitu teruja menanti saat berlakunya tanda awal bersalin. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur yang mencukupi. Hal ini penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.


Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan

Kelahiran songsang berlaku kepada kira-kira 3% wanita hamil. Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesarean dilakukan. Wanita yang mudah tertekan, takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat. Bagi mengelak atau membetulkan kedudukan bayi yang songsang , anda boleh mencuba kaedah pernafasan bio-energetic, hypnosis atau teknik bertenang yang betul serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ketika pelahiran nanti.


Tarik Nafas Panjang

Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang. Ingat tentang apa yang telah dipelajari di dalam kelas antenatal dan beri perhatian terhadap cara anda bernafas.


Jangan Tahan Kencing

Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin di dalam bilik air sepatutnya disishkan. Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.


Rangsang Payu Dara

Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitosin masuk ke dalam aliran darah sekaligus mencetuskan kontraksi. Hal ini dapat anda lakukan dengan menggunakan pam payu dara (pam susu) atau mengurut bahagian puting menggunakan tangan. Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis di atas payu dara sama seperti yang anda lakukan untuk merangsang pengaliran susu ibu sewaktu hamil.


Elakkan Paras Gula Jatuh

Pengekalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses pelahiran. Untuk itu, hisap amaun kecil jus buah segar yang tinggi kandungan potassium seperti jus oren yang turut kaya dengan asid amino I-glutamine.


Ambil Elektrolit Dan Mineral

Bagi memudahkan proses kelahiran, anda perlukan lebih banyak elektrolit dan mineral yang terdapat di dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Magnesium, potassium, sulfur, klorida dan sodium penting untuk mengelakkan sakit berpanjangan dan kelihatan semasa proses pelahiran berlangsung. Sumber ini boleh anda perolehi daripada daging segar, produk tenusu penuh lemak, sayuran, buahan, kekacang atau jus buah segar. Bagi menyimpan tenaga ketika berhadapan dengan kontraksi, anda disarankan mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur ke dalam air atau jus buahan sejurus selepas tanda awal bersalin berlaku.

Jumaat, 30 September 2011

UPDATE 11 minggu

assalamualaikum u oll..

lm x update kan.. dh pon 11 minggu.. hehe.. ape yg 11 mgu nie eh? my pregnancy progress la. Alhamdulillah, aku masih kuat menghadapi trimester pertama ni walau tanpa suami tercinta. Alhamdulillah masih mampu melayan karenah anak bujang yang maha lasak. korang takkan percaya yang aku berbadan dua bile tengokkan camane aidil melayan mama dia nih. asyik nak berlawan je..pantang terpetik suis nya, mula lah...'hiaahhhh..yah...ocoh..'

ocoh=gocoh=lawan=gaduh

dia 'kuda'kan mama adalah perkara biasa.. kaki ke muka.Biasa.semua sudut aku kena serang. hai anak jantan katakan. lasak nye Tuhan sj tahu. dengan mulut nye lagi, bising betul. Redha je lah mama nie kan.. manja pun bertambah2.. suke beno panggil 'mama'..dengan penuh kelembutan. hihi..lembut je hati mama nie kalu duk tengah marah. kalu dlm kereta pun sm.. panggil mama..lembut jer.. nak sayang la..nak peluk la.. dah dapat rase kot, pasnie nak dapat adik.. nanti perhatian mama berbelah 3 dah la.. papa, aidil, little AR. hehe..

mama menghampiri penghujung trimester pertama.. alahan sedikit berlainan berbanding mengandungkan Aidil dulu. semakin menghampiri penghujung trimester pertama.. sakit kepala di waktu pagi dan petang mula menyerang. tak kuat sangat tp mampu lah buat mama termenung picit kepala sorang-sorang kan. ada cik suami leh gak nk manja-manja.. dah jauh-jauh ni pandai-pandai lah ye berdikari. muntah kerana masuk angin hampir tiada dah. kalau Aidil dulu. lama gak menahan sebu di perut. salah makan, lambat makan mesti masuk angin, mesti muntah tuk hilangkan angin tuh..

skang, dah boleh makan mee selain nasi. kalu tak, memanjang la nak nasi jer, baik pagi,tengahari, petang @ malam.. huhu risau kejab. badan dah kembang dengan jayanya. baru 11 minggu. ramai yang tegur 'kenapa makin sihat nie?' tp skang dah boleh terima hakikat dan saya tidak kisah! haha. terpaksa ok! demi anak, mama terima buat masa skang. pas deliver Insya Allah diet dengan sepenuh hati. MESTI! sebab next year dah masuk ambang 30. so, kadar penurunan berat badan adalah semakin slow, so kena rebutlah peluang time pantang tu untuk diet dengan sepenuh hati.

ok lah. tu je. nanti share lagi perkembangan diri n little AR. tempek gambar lama anak sulung lah. hehe. sebelum potong rambut menjadi lebih macho n ensem. rambut time ni, ramai yang keliru boy @ girl. ishkk..ishk..


Khamis, 18 Ogos 2011

Mood Berbunga2..

Hari ini dalam sejarah.. mood masih membunga.. hepi amat..



Alhamdulillah.. syukur padaMu Ilahi..tunaikan sekali lagi permintaan hamba mu yg hina ini.Apa dia? Just nak cakap yang Aidil Rayyan akan dapat adik. Insya Allah. Kami suami isteri suke sangat. sebak gile time testing td. tak sangka gak keputusan tu positif. kami memang merancang untuk dapatkan anak ke-2, tapi tak sangka secepat ini. tp ok lah, next month Aidil Rayyan dah genap 2 tahun kan, so sesuai sangat lah kan timing nie. Alhamdulillah.



macamana aku detect aku pregnant? Memang 2-3 hari ni asyik berteka-teki je.. Tanda-tanda pelik yang aku rasa?





  • mula-mula aku rasa aku kencing tak puas @ tak lawas


  • malas nak makeup bagai ke ofis, nk pakai tudung pon express je. Berbeza la dengan sblm nie, asyik nak melilit je shawl. Skang..nan ado, malas.


  • asyik ngantuk. ingatkn normal la ngantuk2 kt ofis lebih-lebih lagi time bulan puasa nie. rupanya tu tanda aku berisi lagi sekali


  • bulan puasa nie aku rajin memasak untuk waktu berbuka. tak pernah lagi ke Bazar ramadhan. asal rs nak makan ape, aku masak je.

  • suami tiba-tiba cakap mengidam murtabak, yang mana adalah sangat jarang suami ku itu meminta2 dlm bab makanan nie sampaikan aku nak post je murtabak ke sana.tp suami kata tak apelah, sabo je lah. sebab dah tak lama nak balik kan.
  • Aidil manja amat dgn mama.. asyik mama..mama.. je..
p/s: ok! time type nie usia bb bru 4mgu.. skang dh 7mgu.. Alhamdulillah.. hopeAllah peliharakan kandungan ku..selamat..pelihara aku yg menghadapi hari2 tanpa suami tercinta.. moga aku kuat spt mana aku mengandungkan Aidil Rayyan dulu.. Amin.. =)