Ahad, 15 April 2012

Petua Memudahkan Bersalin

Sharing Is Caring.. Just nak share ape aku jp dlm fb td..

oh ya.. me dah 38++..sedang menunggu.. detik demi detik.. selalu cakap nge my jr AR..tgu papa balik..Insya Allah xde aral papa sampai sini.. 21hb 4 nanti.. pastu nak kuar bile2 pon xpe.. mama sabar menanti awak nie.. hehe

a. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b. Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..
c. Amalkan minum air lebihan suami.
d. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j. Bagi kulit bayi yang putih/ bersih, amalkan makan buah epal dan minum susu, selain meminum air soya.


Selasa, 10 Januari 2012

Cerita 24 minggu

salam dear friends..

Alhamdulillah..dah masuk minggu kedua di tahun 2012.. cepat kan masa berlalu.. lagi cepat lagi bagus.. hehe.. sebab lagi cepat cik suami akan balik.. boleh gitu...? haha..

komunikasi dengan cik suami memg sangat terbatas skang.. line telefon & internet memang tak ada terus buat masa skang.. x ada bajet katanya.. KPM lah.. sedih kan.. nak bebel lebih² pon.. tak kemana.. camni jugak.. so, weekend lepas.. dah boleh dengar suara cik suami..suka sangat.. boleh 3G and paling terharu bile anakanda tersayang peluk hs..time 3G..huhu.. rindu sangat kot dengan papa nya..

cuti Raya Cina belum tahu balik ke tak.. sebab cuti belum konfem katanya weekend lepas.. hope GB cik suami akan membawa perkhabaran berita gembira lah hendaknya.. cik suami akan balik kalau cuti seminggu.. kalau tak akan stay kt sana je lah jawab nya. kalau cuti Raya Cina dapat, maka weekend akan datang cik suami akan keluar untuk beli tiket flight.. kalau tak dapat cuti.. next 2 week lah baru kuar..after gaji.. huhu..

ha.. berkisar tentang pregnancy aku kali nie.. oo.. sungguh tragis.. hakhak.. kenapakah?

begini ceritanya.. kenaikan berat badan a.k.a pengembangan badan adalah tersangat jaya. maka dengan berat badan sekarang pada usia kandungan 24minggu adalah bersamaan dengan usia berat badan ketika deliver Aidil Rayyan dulu..

24 minggu sekarang = 9 bulan ketika pregnantkan Aidil Rayyan = 80kg

ada 3 bulan ++ tuk survive.. haiah..agak nya tangga berapalah berat badan aku nie nak berhenti..

harus selepas ni gigihkan diri untuk berdiet bagai.. back to normal size n aku target tuk turunkan lagi 10kg dr sebelum nie. WAJIB!

maka dengan berat badan sekarang.. kedatangan aku ke Klinik adalah tersangat kerap.. kadang malas..kadang aku skip..smpai kena call dengan nurse.. huhu.. buat masa sekarang tak ade penyakit yang pelik di detect..tp..tgu next week keputusan ujian darah aku nanti.. weekly bp (blood pressure) adalah masih normal.. untuk penyakit darah tinggi.. tetapi untuk kencing manis.. tgu minggu depan. hope everything ok..

maybe terjadi nye begini.. kerana aku diet sebelum pregnant kali nie.. kerana berat badan tiba² meningkat.. owh.. petang after ofis hour aku g jogging.. n jaga makan.. Alhamdulillah.. sebulan macam tu lah.. berat kembali normal.. dan tup-tup pregnant..

time tu gak.. selera makan memg tak bagi salam langsung.. aku makan je ape nak makan lebih-lebih lagi nasi.. ya! time diet aku tinggal kan nasi & lebihkan sup bagai.. so, bile dah pregnant nie memang sup tak lalu nak makan.. haha.. asyik nak nasi je.. malam² wajib nasi goreng.. my mom nasi goreng! hehe..

erm.. ape² pon.. hope my baby ok.. Insya Allah.. mama besar tak ape..demi anak tercinta hehe..mama pasrah..pasni boleh diet..hendak seribu daya ok! cam kata cik suami.. ape nak bimbang..dah namanya pregnant.. nanti dah deliver..control lah makan.. diet.. baiklah.. .. =)


Aidil Rayyan semalam.. senyum walau telah di jangkiti selsema.. huhu..
muka cheeky gile..

tadi.. budak tak cukup tido.. sebab selsema.. temankan mama ke klinik.. check bp.

then mama drop kat taska.. nak suh duk nge tok xnak.. nak ikot mama g keje.. huhu..




Khamis, 5 Januari 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK

erm..just nak sharing ape yg jumpa kat fb .. nice info n memg sgt berguna tuk aku.. n maybe to all mother kat luar sn.. hope aku dpt baiki mana yang patot di baiki..


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah
degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangn
ya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Se
diakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Aidil & Papa

main layang-layang kat tepi pantai..

Kongsi info: NurulAmir.




Kosong..Tapi Terisi..

Hati rasa kosong.. huhu.. sebab cik suami tak dapt di hubungi. Rasa down gile.. semangat hilang.. tp harus tunjuk kuat.. WAJIB!!

Camane yer kawan² yang suami duk tengah laut.. yang tak dapat berhubung sehingga sebulan.. 6 bulan kemudian baru leh jumpa.. oo..tak terjangkau dek fikiran rasanya.. hope esok cik suami akan keluar ke pekan.. boleh lah berkomunikasi. I miss damn so much my hubster.. huhu..

That’s why la..rs cam rajin je nak update blog nie.. nak meluahkan rasa hati ni.. nk bercerita..yang biasanya selalu di omel pada suami.. mana tahu cik suami akan baca kan..at least cik suami akan tahu perkembangan kami anak beranak kat sini.. mungkin akan termiss cerita nanti..bile dapat berhubung nanti..

Hari ni dah masuk hari ke-4 anakanda ambe ke taska.. dan hari ke-3 menanges time di tinggalkan.. pagi nie bangun lambat.. padahal dah tido awal.. sebab terjaga di tengah malam dan susah nak lena selepas tu. Teringat kat cik suami lah.. agak2 dia ingt tak isteri dia nie..? hehe..

So, dah 2-2 bangun lambat.. so, anakanda plak buat hal..decide tak nak hantar ke taska.. biar lah duk dengan tok jer ari nie. Tapi… Aidil menangis kuat gile.. nak tengok cerita Hantu Mak Limah.. ucu nye buke laptop marah.. mama yang kena on kan.. fine.. ikot laa.. nak mama teman kan.. mama uduk (duduk)… lor..mane boleh cayang.. mama nak keje.. nak siap² lagi.. adik² aku pujuk tak jalan.. nak bawak naek motor g hantar pokcu g sekolah pon tak nak.. mula-mula aku buat keras hati jer..

Dah..mama start kete.. ucu nya nak start motor.. lagi kuat dia meraung.. nak g kat aku.. alahai.. suh masuk kereta..terus diam.. amek beg sekolah nya.. decide g hantar taska je lah.. dalam kete sibuk tanye.. pok man mane.. pok cu mane.. pastu nak ikot mama keje.. huhu…pujuk lah macam².. dah aku masuk je kawasan taska nya.. mulut dah tercebik² nak nanges..aku senyum je.. kali nie aku parking betul² depan pintu masuk taska.. elok je dia sarung selipar n turun..hehe.. aku senyum.. Kak farah aka pengasuh nya senyum gak.. amin dengan mama.. terus aku blah..

Erm..pagi nie ade appointment tuk amek darah kt KK Hiliran.. aku decide nak masuk punch kad dulu.. skali dah lewat..so, aku teruskan aje ke klinik.. petang semalam dah g check up.. tp sebab g petang.. n kenaikan berat badan adelah sangat Berjaya.. maka doc suh amek darah nak check detail kat mana silap nya.. n my urine semalam adalah tak cantek.. ade lebihan gula..huhu.. cuak..cuak.. so, petang tu..dah lewat sangat.. pg nie diorang suh datang semula..

dah settle..7.55am dah masuk ofis.. erm..awal tahun.. kerja tak ada lagi.. so..duk merepek lh aku.. nanti sket..aku merepek ag pasal pregnancy aku kali nie.. macam².. :)

senyuman anak ini.. meruntun jiwa aku.. mengisi kekosongan hati

1st day pulang dari skool..



Selasa, 3 Januari 2012

Kejadian di awal Tahun Baru 2012

Tahun Baru datang lagi.. maka pertambahan usia pon meningkat lagi setahun.. erm.. dah 3 series.. tapi its just angka.. tak nak merepek pasal umur yang makin meningkat nie.. hehe.. yang penting jiwa maintain muda.hikhik..

Tahun baru kali nie, xde semangat lansung nk celebrate..just sm cam hari-hari biasa yang lain..sebab suami tercinta akan berjauhan sekali lagi..for almost 3month kot. Dah nama pendidik anak bangsa kan..terpaksa lah isteri ni merelakan aje.. demi sesuap nasi..hahaha.. tp serious sedih sgt. Cengeng betul aku 2-3 hari nie..tp normal lah kan..kalu x sedih tak ke pelik.. ada ke isteri kat dunia ni yang happy bile nak berjauhan dengan suami masing2? Kalau ade, meh sini share sket petua..=)

1.1.2012 kat Terengganu mana cuti kan.. so, aku awal2 dah apply cuti..just nak spend masa bersama bersuami.. tp spend masa di jalanan lh..ke hulu ke hilir settle bil..settle hal2 mn yang nak setle..yang mana tak memerlukan aku ke pusat Bandar.. beli ape yang nak beli.. huhu..malam dah pun letih amat.. anak teruna kesayangan pun..punya lah siang hari keletihan menemani mama & papa nya.. malam tu pulun main betul2 dengan sepupunya. Sebab esoknya..dah nak hantar masuk taska.. so, letih nak menunggu dia tdo lagi.. alahai anak ambe sorang nie.

2.1.2012- pagi bangun, siap2 hantar suami ke airport bersama anak teruna ambe ni. Yang lagi seorg memang mama bawak je lah gi mana2..hehe.. sedih gile.. tahan je lah kat airport tu. Mama gonna miss papa so much.. dalam kete, Aidil dah mula tanye..Papa? Papa? Tak sampai 5 minit tanya lagi.. papa..papa.. mama jawab je lah.. papa naik flight..papa g keje.. huhu.. sedih sangat.. dah lah pastu nak hantar Aidil ke taska plok..

1st day.. Alhamdulillah..Aidil cam rela hati je nak tinggal situ.. mama plok yang kepelikan sebab dia tak nangis lansung pun.. so, cepat2 lah tinggalkan dia..kan melarat plak.. masuk kete.. aku plok yang melepaskan rase sebak kat dada nie. Huarghhh… sorang2..Aidil ade tak boleh lah.. mama kena strong depan anak.. mesti tunjuk kuat..walau dalam hati ada taman..hukhuk..

Ada lah telefon 2-3 kali.. everything ok.. Aidil ade gak nanges, tp kejab2 je.. ade tanya mama..mama? mama g keje.. ok! Memg dia akan faham.. mama g kerja..dah memg selalu dia dengar camtu jawapan nya.. so, petang 4.30ptg..balik keje..zass… terus amek Aidil.. hihi..lega sangat..tapi tengok dia cam bergenang jer air mata nya, rupa nya bila ada kawan-kawang nya yang dah balik, dia pun ikot nak balik.. alahai..seb baek lah mama balik cepat gak kan..kalu ikotkan waktu kerja mama tuk januari 2012 nie..mama mintak WP2- means 8.00 pg-5.00 ptg..tup2 bile nk punch kad (of course dah merah..) tgk2 WP1.. so, ok lah.. Aidil pon tak buat perangai sangat.. mama just standby takut tak sempat catch up dengan rutin baru nie..

2nd day..bangun je pagi..dah excited nak g sekolah..dari malam tu lagi sebenarnya.. time mama nak kemas baju nye tuk esoknya.. dan dan tu gak nak galas beg.. hihi.. layan je lah.. tp yang harunya.. bile pagi nie.. skali..mengamuk lak bile sampai depan taska..xnak masuk plok.. agaknya tahu nak kena tinggal kot.. tp mama cepat2 tinggalkan aje.. tak nak layan sangat..sebab cik suami memg dah pesan.. kena kuat kan semangat kali nie.. so, ½ jam kemudian.. call taska.. dah ok..erm..dah tak dengar dah tangisan dia.. lega ..Alhamdulillah..

Hope esok, Aidil Rayyan makin ok lah.. mama bukan kejam..sengaja nak pisahkan Aidil dengan tok ke ape.. mama just nak Aidil bergaul dengan rakan-rakan sebaya.. belajar berkawan..belajar berkongsi.. and ada something..input yang mama tak sempat nak ajarkan sepanjang kt umah.. Insya Allah..

Panjang amat kan.. ayat dah lintang pukang.. lama sangat tak mengarang..hehe.. maybe lepas nie kena rajin update.. sebb komunikasi 2 hala dengan suami mungkin akan terbatas.. di maklumkan line telefon dan internet adalah tidak mengizinkan.. :( so, kat sini leh la coretkan perkembangan anak teruna ambe nie and little AR..

Kuatkan semangat mama.. you have to be strong… extra strong actually…

amanah sebagai isteri..

amanah sebagai ibu..

amanah sebagai anak..

amanah sebagai menantu

dan

amanah sebagai big boss DRayyan Boutique..

Insya Allah.. Allah know evething the best for me..for us.. kesenangan tak datang bergolek.. Kesusahan, keperitan tak semestinya untuk ditangisi.. tapi untuk kekuatan di masa akan datang. Amin..

* publish kat umah.. kat ofis tenet block tuk blogspot..