Memaparkan catatan dengan label Munajat Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Munajat Cinta. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2012

Kosong..Tapi Terisi..

Hati rasa kosong.. huhu.. sebab cik suami tak dapt di hubungi. Rasa down gile.. semangat hilang.. tp harus tunjuk kuat.. WAJIB!!

Camane yer kawan² yang suami duk tengah laut.. yang tak dapat berhubung sehingga sebulan.. 6 bulan kemudian baru leh jumpa.. oo..tak terjangkau dek fikiran rasanya.. hope esok cik suami akan keluar ke pekan.. boleh lah berkomunikasi. I miss damn so much my hubster.. huhu..

That’s why la..rs cam rajin je nak update blog nie.. nak meluahkan rasa hati ni.. nk bercerita..yang biasanya selalu di omel pada suami.. mana tahu cik suami akan baca kan..at least cik suami akan tahu perkembangan kami anak beranak kat sini.. mungkin akan termiss cerita nanti..bile dapat berhubung nanti..

Hari ni dah masuk hari ke-4 anakanda ambe ke taska.. dan hari ke-3 menanges time di tinggalkan.. pagi nie bangun lambat.. padahal dah tido awal.. sebab terjaga di tengah malam dan susah nak lena selepas tu. Teringat kat cik suami lah.. agak2 dia ingt tak isteri dia nie..? hehe..

So, dah 2-2 bangun lambat.. so, anakanda plak buat hal..decide tak nak hantar ke taska.. biar lah duk dengan tok jer ari nie. Tapi… Aidil menangis kuat gile.. nak tengok cerita Hantu Mak Limah.. ucu nye buke laptop marah.. mama yang kena on kan.. fine.. ikot laa.. nak mama teman kan.. mama uduk (duduk)… lor..mane boleh cayang.. mama nak keje.. nak siap² lagi.. adik² aku pujuk tak jalan.. nak bawak naek motor g hantar pokcu g sekolah pon tak nak.. mula-mula aku buat keras hati jer..

Dah..mama start kete.. ucu nya nak start motor.. lagi kuat dia meraung.. nak g kat aku.. alahai.. suh masuk kereta..terus diam.. amek beg sekolah nya.. decide g hantar taska je lah.. dalam kete sibuk tanye.. pok man mane.. pok cu mane.. pastu nak ikot mama keje.. huhu…pujuk lah macam².. dah aku masuk je kawasan taska nya.. mulut dah tercebik² nak nanges..aku senyum je.. kali nie aku parking betul² depan pintu masuk taska.. elok je dia sarung selipar n turun..hehe.. aku senyum.. Kak farah aka pengasuh nya senyum gak.. amin dengan mama.. terus aku blah..

Erm..pagi nie ade appointment tuk amek darah kt KK Hiliran.. aku decide nak masuk punch kad dulu.. skali dah lewat..so, aku teruskan aje ke klinik.. petang semalam dah g check up.. tp sebab g petang.. n kenaikan berat badan adelah sangat Berjaya.. maka doc suh amek darah nak check detail kat mana silap nya.. n my urine semalam adalah tak cantek.. ade lebihan gula..huhu.. cuak..cuak.. so, petang tu..dah lewat sangat.. pg nie diorang suh datang semula..

dah settle..7.55am dah masuk ofis.. erm..awal tahun.. kerja tak ada lagi.. so..duk merepek lh aku.. nanti sket..aku merepek ag pasal pregnancy aku kali nie.. macam².. :)

senyuman anak ini.. meruntun jiwa aku.. mengisi kekosongan hati

1st day pulang dari skool..



Sabtu, 21 Mei 2011

Today Is My Anniversary Day




ha.. dah tgk makanan2 yg sedap nie..??? hehe..
bagi orang terliur dulu..
actually..ari nie genap 4 tahun kami becinta... setahun bln 6 bercouple sblm mengikat ikatan yang lebih suci.. Syukur Alhamdulillah.. dlm lara hati..Allah hadirkan dia.. he make me smile again.. n again.. again..
Alhamdulillah..

dah xde sambuatan yang meriah bagai.. seharian duk di butik kami jer.. pekerja kami bercuti ari nie.. petang kami ke Al-Iderus..kedai makanan ala Arab kt area butik kami nie jer.. 1st time makan kt sini.. not bad.. tp makanan nye memg byk giler..smpai skang aku masih kenyang.. huhu.. cik suami layan spagheti n aku mkn roti jer..nge lauk yg lupe nama tue.. ade name saintifik menu nie sume.. tp aku lupe la.. air aku sgt sedap.. rase cm air zapper..ade potongan sunkist n epal hijau dlm tue n daun pudina.. best2... nm nye air Al-Iederus.. hehe.. korang try la.. n cik suami Barbican perisa strawbery.. not bad..tp sedap air aku ag..

then balik amek my Aidil kt umah mak aku.. tup2 ade customer msg nk mai butik.. so, patah balik semula... my Aidil dh tdo dlm kete.. sian kt dia.. asyik kena tgal jer.. sori la..mama n papa tgh usaha nk upgrade life kite nie.. tuk Aidil gak ape yg kami lakukan skang nie..

before that g umah cikgu makeup aku.. haha.. x tak tau.. last week aku n adik ipar aku dah pergi kelas makeup..sj.. bukan pandai sgt pun.. ok la.. tuk beginner cam aku nie.. tahu lah lebih sket dr basic nye... opppsss... g umah Ida tue, amek foundation n loose powder naturafactor..sgt okay!!! korang kn cuba tau... nk order..? lh contact aku jer.. hehe.. promo tak berbayar nie.. n sempat merembat set eyeshadow n blusher td.. hehehe.. suke2.. thanks cik suami.. muach2..


ok lah yer.. ngantuk dah... huhu..

hope hubungan kami berkekalan til jannah... Amin... love u abg....



Ahad, 13 Mac 2011

Jom..Kawen..

Awak..

Jom Kawen..

.

.

.

.

.

.

.

.

Kita Tanyalah mak bapak kita..

camane nak kawen kan pokok durian dan pokok langsat?

.

.

.

.

.

.

eheeee... any one remember this n3? haha.. of course la not u all..except my special one.. and my BFF.. alwiz make me smile.. muaccchhhh...

Khamis, 10 Mac 2011

Paku di Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanyapemuda tersebut.“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu”jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memakusebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapatmengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik,anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

munajat cinta: ermmm.. terkesan nya kt hati sy.. so sori la kalu ade yg tertinggal lagi kesan² di hati tue.. what to say..? again.. sorry... =(

Rabu, 9 Mac 2011

Teknik Untuk Memelihara Perhubungan Dengan Orang Yang Disayangi

Teknik Untuk Memelihara Perhubungan Dengan Orang Yang Disayangi


1. Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anda buat itu melukakan hati si dia, seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.

4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.

Semoga Kebahagian adalah milik anda...!!!

psttt.. just sharing email yg penah cik suami bg dulu( time tue loving couple lagik..) & sy sentiasa cuba tuk upgrade diri nie tuk jadi isteri yg terbaik di mata suami sy.. tq!


Ahad, 6 Mac 2011

Tulang Rusukmu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at

kredit:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp


Rabu, 16 Februari 2011

Malam Pertama.. ehhh.. Mesej Pertama la..

The Messege is
really nice!!!


If you're mad with someone , and nobody's there to fix the situation... You fix it .
Maybe today, that person still wants to be your friend . And if u don't, tomorrow can be too late .

If you're in love with somebody , but that person doesn't know...
tell her/him.
Maybe today, that person is also in love with you .
And if you don't say it, tomorrow can be too late .

If you really want to kiss somebody... kiss her/him.
Maybe that person wants a kiss from you, too . And if you don't kiss her/him today, tomorrow can be too late .

If you still love a person that you think has forgetten you...
tell her/him.
Maybe that person have always loved you. And if you don't tell her/him today , tomorrow can be too late.

If you need a hug of a friend... ask her/him for it.

Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.

If you really have friends who you appreciate... tell them.
Maybe they appreciate you as well. That if you don't and they leave or go far away today , tomorrow can be too late.




SEND THIS MAIL TO EVERY PERSON YOU CARE ABOUT , INCLUDING THE ONE
WHO SENT IT TO YOU. YOU'LL SEE HOW YOU'RE GOING TO KNOW THAT THERE ARE PEOPLE WHO CARES ABOUT YOU , THAT YOU DIDN'T KNEW .


Forward it today... coz tomorrow can be too late...


Sweet tak? actually nie msg pertama cik suami hantar dlm email.. dulu kami selalu ber'email', YM time couple2.. walau jarak kami dekat sgt.. time tue aku praktikal n cik suami jd programmer.. dh mula kenal pon di alam maya..berlanjutan la ke email n YM.. hari2 YM.. skang? nan ado.... duk godek2 email lm.. teringin nk buke.. hehe.. aku terkenang... lalala....



Ahad, 9 Januari 2011

Bila Aidil tak nak makan..

dh pon ahad.. back to track.. huhu.. now at ofis.. menghabeskan lagi sisa² kerja yg tergendala.. cheewah.. cam banyak jer bunyi nyer.. actually memg byk keje yg menunggu nih.. tp dek disebabkan sistem yg xjalan.. maka nya tergendala gak la keje² hamba... so.. plis la.. rakyat jelata yg kat luar sn.. yg mintak bantuan..tp nk cepat jer.. harap maklum..bahawasanya kdg bukan sume di sec gov nie lmbt buat keje.. tp nak canggih manggih sumenye.. ha..tanggung la akibat nya.. huhu..

nk ckp pasal anakanda hamba nie yang bebeno nye.. yg liat nk makan.. liat nk tdo skang nie.. haiaaah... bersilat la mama nie nk bg makan kat awak,Aidil... ke makanan yg mama sedia tue xsedap...? kadang ape yg dia suke tue..xsesuai nge perot dia.. cth nye.. harus la air kesukaan ramai bebudak tue.. vitagen.. memg slalu bg dia dulu.. tp asyik pooopooo jer.. sian.. kadang smpai melecet bontot dia.. kang nanges².. tak tahan la mama lihat awak mcm tue...

so.. mama duk surfing pasal makanan awak la nie..meh mama nk share nge kawan² mama plak.. kot² ader yg masalah sm cam mama Aidil nih...

Makanan yang Kanak-Kanak Tidak berminat untuk makan

Makanan yang melekit pada mulut atau tangan seperti kuih lapis, kuih koci dan sebagainya.
•Makanan yang sangat kering dan keras.
•Makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Kanak-kanak lebih suka makanan pada suhu biasa.
•Makanan yang berbau kuat seperti bau kayu manis atau rempah ratus.
•Bau makanan yang tidak diingini.
–Deria rasa kanak-kanak adalah lebih sensitif daripada dewasa.
–Apabila bau makanan yang tidak enak dibebaskan, kanak-kanak mudah mengesan dan menolak makanan tersebut.

Sukatan Makanan Bayi & Kanak-kanak Kecil


Perhatian:
Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa.
•Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur.
•Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu.
–Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan.
–Susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).

Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip
penjagaan psikososial.



1.Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri.
2.Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa.
3.Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.
4. Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan.



erm...Aidil memg dh mula nk makan sekali..nk duk di meja skali.. tp bukan nk mkn sgt.. tp nk maen².. so, kadang bg jer bekas nge sudu tuk dia main².. kdg di ambil nye mkanan dr pinggang mama dia nie.. ish..ish.. no good betul la anak mama nie..tp layan kan aje la..pastu kemas la smula..


lebih suka makan mee dr nasi.. ni mungkin ikot perangai mama yg lebih suka makan mee dr ns.. mama Aidil nie kalu mkn ns byk² tak tahu la besar mana.. dh mkn mee pon dh besau cenggini.. hihi...
pasnie nk cr vitamin la tuk Aidil.. tp tak tahu nk prefer yg mn bagus.. any suggestion kawan²? bile dukung..leh tahan keberatan budak nie.. tp kalu tgk..kecik jer.. ape² pon hope anak mama nie sentiasa sihat la.. xnk makan snek byk² tau Aidil.. no good la dear...


♥budak yang dulu agak gebu²...♥

♥dah makin kurus dah....♥

♥My Family.. Aidil Rayyan Setahun yg lasak n makin kurus.. tp makin berat..♥