Memaparkan catatan dengan label Munajat Iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Munajat Iman. Papar semua catatan

Sabtu, 2 April 2011

Petua Mencuci hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara- perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11.Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.


Sumber[http://berita-harian-online.com]


Selasa, 12 Oktober 2010

Ayat Pelembut Hati Anak..

credit to tok wan



Amalkan ayat nie tuk lembutkan hati anak² kt nanti.. Insya Allah..dpermudahkan oleh Nya.. anak² zaman sekarang nie byk pengaruhnye..mg anak kt di jauhkan la dr segala anasir n pengaruh luar yg menyesatkan lagi melekakan..

mg anak mama nanti pon akan jd anak yg soleh..pembimbing tuk adik²mu nanti..Insya Allah..

hehe...feeling nk anak ramai ker nie...?



Aidil Rayyan bin Rosnan, 1 thn