Jangan  sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
 
Jangan  masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
 
Jangan  makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
 
Jangan  biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
 
Jangan  tidur selepas   solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
 
Jangan  makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
 
Jangan  keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
 
Jangan  pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
 
Jangan  biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
 
Jangan  menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
 
Jangan  ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
 
Jangan  mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
 
Jangan  lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
 
Jangan  bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
 
Jangan  banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
 
Jangan  biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
 
Jangan  suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
 
Jangan  terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
 
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
 
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
 
Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !! Wasalam  
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Jumaat, 11 Mac 2011
Jangan..Jangan..Jangan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




1 munajat:
tq sharing
Catat Ulasan