Isnin, 23 Jun 2014

Selfie Dengan Hero-Hero Kesayangan


Waktu kejadian: Pagi, Sebelum mama despatch anak-anak ke skoll masing-masing, sebelum mama pergi kerja.
Pelakon: Mama, Hero pertama: Aidil Rayyan, Hero kedua: Aiman Rizqin
Lokasi: Traffic Light Simpang Tokku, K.Terengganu.

Kelihatan adik yang sangat mengantok untuk membuka mata, manakala si Abang yang sangat ceria, kerana sudah kenyang dengan semangkuk mee goreng yang mama masak dengan penuh kasih sayang. :) serta sebotol susu chocolate Dutch Lady.




Mama dah mula nak berselfie, bila melihat mood abang yang sangat ok pagi nie.
 

Sangat korea kan mata abang Aidil, tapi di cantiikan dengan kening sama sebijik dengan papa nya. Masa mengandungkan dia, mama selalu doa pada Allah nak kening macam papa untuk anak sulung mama. Allah dengar, Alhamdulillah. tapi mata ikot mama. Hihi. Selalu usik Aidil, "macam korea lah Aidil". Korea versi melayu.

 
Aiman dah bangun dah masa nie. tengok, tersengih-sengih, mamai-mamai pegang mama. Sempat mama snap snap. Kihkihkih. Mood sangat elok sebelum sampai next station, traffic light wakaf beruas. Tahu sangat laluan nak ke taska nya. Start situ terus tantrum. Alahai anak.
 





 
Join mama selfie sesekali kan. Mama pon bukan selalu macam nie. Pedulikan kata kereta kiri kanan. Yang penting kita happy!!!

Tata!!








0 munajat: